Blog ini hanyalah untuk kita sama-sama berkongsi ape-ape cerita yang menarik dan diharapkan agar kita dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada....AbG..=)
Google

Tuesday, November 20, 2007

Special Post On Film Industry

nougat,k'nik,iqbal......,thanks for the respons....!

Rasanya x pasti kalau ada orang cakap yang OM nie citer best.Bukan apa,memang lar citer nie diadaptasi dari cerita "Sumpahan Orang Minyak",tetapi jangan lah nak bawak unsur negatif pulak dalam citer nie.Sekurang-kurangnya bagi lah sedikit input ataupun pengajaran dalam setiap filem yang di arah.

Sekarang nie,jika kita lihat drama-drama atau cerita-cerita melayu kat televisyen,lebih banyak menceritakan akhlak remaja pada masa sekarang.Sebagai contoh drama bersiri "KAMI".Penulis sendiri pun cuma tengok trailer jer,tp melihat kepada respons kawan-kawan lain,memang citer nie more to the negative perspective to the youth nowadays.Minta maaf yer kwn-kwn,hehe.Penulis pun tahu mmg byk yang minat drama nie,tp more important,sesuai utk kite-kite yang faham yang mana baik dan yang mana buruk k.Jgn bagi adik-adik pulak tengok drama nie,hehe.Tp,nak wat mcm ner,skrng nie pun 8TV tengah siarkan drama nie.Tp,x kisahlah.


Berbalik kepada OM tadi,ada sesiapa tak yang ada link kat org-org hiburan ,sbb nak luahkan perasaan kat sini mcm xder respons la pulak kat industri filem kite.At least smpai kat telinga FINAS ker,hehehe.Ok,tu jer....

Orang Minyak??Ke mana arah tuju industri filem melayu/Malaysia...??

Assalammualaikum w.b.t......

Mungkin ramai yang tahu apa yang penulis maksudkan di sini.Bagi sesiapa yang pernah menonton filem "orang minyak".....,apa pendapat anda?Tapi,di sini ,penulis inginkan penonton-penonton ini memberi pendapat berdasarkan pemikiran kritis dan bernas dengan perkembangan moral dan akhlak masyarakat kita pada zaman sekarang.

Di sini,penulis ingin melontarkan beberapa pendapat mengenai filem tersebut.Penulis merasakan bahawa konsep,jalan cerita dan juga pengarahan filem tersebut terlalu "statik" dengan genre filem seram di negara kita.Di sini,apa yang penulis dapat lihat ialah,jalan cerita filem ini hampir serupa dengan filem "Jangan Pandang Belakang".Apakah yang sebenarnya ingin disampaikan oleh pengarah "orang minyak".Adakah kepuasan penonton,kualiti filem ataupun hanya kutipan tiket yang beliau dan anggarkan mampu setanding dengan kutipan RM7 JUTA ringgit utk filem "jng pndang belakng"?????


Walaupun tidak lah hampir 100% serupa,tetapi,itulah hakikatnya....adegan makhluk terlepas dari kurungan botol......,ermmm....,mcm2 lagi lah...

Selain itu,di sini penulis ingin menyentuh isu sensitif sedikit.Dalam filem tersebut,beberapa watak orang melayu,berkopiah,bersongkok........,sehinggakan tok imam....,di dalam kampung tersebut,digambarkan sebagai orang yang "gatal","miang" atau dalam erti kata lain memaparkan sifat yang hanya nak kan keseronokan dan gadis2 remaja yang cantik.APAKAH MOTIF SEBENAR ADENGAN TERSEBUT?Pak cik yang lengkap bersongkok dan berbaju melayu,tetapi menari dengan seorang wanita yang agak seksi??Kemudian digambarkan 2 orang watak melayu digambarkan sebagai orang yang suka "main nombor".Walaupun hakikat sebenar masyarakat kita,kita tidak ketahui,tetapi adakah dengan menunjukkan adengan tersebut mampu menaikkan moral masyarakat kita??Kemudian 2 orang msyrkt melayu tersebut dinasihatkan pulak oleh non-muslim yang mempunyai pegangan agama mereka sendiri.APA PULAK MOTIF NIE???

Watak syaitan??Lelaki kepala botak dengan 2 tanduk??Perlu ker watak nie nak menyampaikan mesej bahawa pemuda tu sudah dirasuk syaitan??Berpakaian jubah hitam pulak tu...

Selepas isteri ditalak tiga,tok imam senang2 je nak tawarkan diri jadi cina buta??ada ke msyrakat kita mcm tu??

Fikir2lah sendiri.Harap pembaca dapat membantu penulis mengembangkan idea dan mencari punca kenapa perkara ini berlaku.

Filem ini dilabelkan untuk tontonan UMUM?????????Tak faham kenapa.....

Tidak sesuai untuk kanak-kanak.!Please,help our film industry...........

Wednesday, November 14, 2007

Nama-nama Jepun Pilihan..

1. Yg pemarah- KEJI CACIMAKI

2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA

3. Yg bisu- KITA TADASUARA

4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE

5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO

6. Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI

7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA

8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI

source : isuhangat.blogspot.com

Monday, November 12, 2007

6 Soalan....


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu

Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri

kita di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan

kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi

yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji

Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)


Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling

jauh dari diri kita di dunia ini?".


Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan

bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban

yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa

lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa

kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan

hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran

Agama.


Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang

paling besar di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua

jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang

ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-

hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".


Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar,

kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"

(Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua

tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah

(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi

permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka

karena ia tidak bisa memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".


Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu

benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah

meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-

gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia

ini?".


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam

Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena

melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai

perasaan saudaranya sendiri.

Vacation??Miss Farah??3 Jam Krdt??

Herm.....,hari nie Final Exam Utk Data Struct...,herm..,boleh tahan gak ler soalan td.
Nak Katakan senang takut gak,tp .....ermmm....boleh la.Xder la susah sgt...,sederhana lah.Hari nie pun aku g jmpa PA aku nak bincang ttg subject2 untuk sem depan.Alhamdulillah.....,sem depan pun agak bz,4 subject dgn 3 jam kredit....!fuh...,x tau mcm ner nak struggle sem depan.Tp,xper....,dengan keyakinan dan semangat dari kawan-kawan,mungkin xder masalah semua tu.Sebab itu,nak minta pertolongan dari sahabat-sahabat sekalian untuk terus bersemangat dalam menuntut ilmu nie.....,jika kita semua semangat,barulah study pun x bosan.....,dengar citer budak2 siswi 2DCS ade wat vacation sem depan ....,betul ke??hehehe.



AbG : Murni....,cuba pujuk miss farah tuu...,ala cuma 0.85 je nak dpt A English tu....

Sunday, November 11, 2007

Special Post....

ermm......

Thanks to "kak azie". :)

She's give a good respons in every story I've post in this blog....,hehe.

One important thing is....,she has make me realize how important is English nowadays.

Thanks a lot :)


(Look in Datin Seri Nurhaliza Speaking's Post comments )


AbG : Still try to improve English.....

Saturday, November 10, 2007

Another Request...,

kejap lagi nak turun g makan.....,tp tiba2 terjumpa satu gadget kat atas tu.....Kebetulan pulak,ada sorang sahabat nie,dia ckp suruh jadikan blog nie koleksi gmbr....huhuhu.Tp,ssh nak cari gmbr yang menarik...so,buat permulaan nie cukup lah yang ini dulu ek...hehe....

AbG : Still tak der idea nak fokuskan blog nie kepada tema apa....

Friday, November 9, 2007

Request from k'nik...

K'nik....,sebenarnya x ingat banyak ler citer masa-masa sem 1 dulu...,tp,xper lah.Biar kawe citer ape yang ingat nih.hehe.

Dulu,kawe dok kat c3-305.fuh...banyak jugak ler kenangan kat blok tu.Tp,dengar2 sekarang nie ada mcm2 citer lah.Itu pun xpasti....tapi xnak lah citer pasal tu.Masa first-first datang kat KUKTEM dulu (hehehe),ada ler jumpa ngan jiran kat depan bilik.Nama dia ****.Sekarang nie dia dah jadi housemate kawan aku gak,adam kat KK2.Nak dijadikan cerita,berlaku lah dialog pada hari Isnin,iaitu sehari selepas minggu MiNDS 06.(dialog nie x berape tepat,tp masih ingat ckit)

Kawe : "Dah makan ker ? "

***** :"Belum lagi "

Kawe : "Tak keluar ke semalam?"

*****: "Tak lah....,masih sakit kaki... "(sambil tersenyum)


Dipendekkan cerita,seminggu ler kitaorg berbual mcm biasa.Tapi,sebenarnya
setelah 2 minggu kami berkenalan,rupanyer dia pun asal dari Sarawak jugak.,,hehehehe.Malu jugak mula2 tu...hehe.Lagi satu,nak imbas balik kenangan dulu,kawe nie memang pemalu.Rasanyer semester 1 dulu,memang x rapat sangat ngan classmate.Yang rapat pun dengan member2 laki. Tak tau pulak sebab kenape,tp mungkin sebab first time keluar dari negeri sendiri masa tu,org cakap "enviroment shock"rasanyer.Tp sekarang,rasanyer dah biasa dah dengan suasana kat sini. :)

So,itu je lah nak citer.Itupun sebab k'nik yang suruh citer.hehe


AbG : Any other question??....hehehe

My Favourite Music.....

Nak download boleh ler click kat link lagu kat bawah nie ek....,sebenarnya banyak lagi lagu favourite tapi,cuba test yang nie dulu lah.... :)

Kembali Gemilang - Mestica

KeredhaanMu -In-Team

You'll Never Walk Alone...


You'll Never Walk Alone......,
Satu ungkapan yang agak menarik yang sebenarnya membawa maksud yang mendalam.Gambar kat atas tu semuanyer kawan-kawanku yang x silap aku sebelum tu kitorg ada buat lab Data Struct...,eh...yeker ??x berapa nak ingatlah.

Sebenarnya masa tu kitorg x prepare pun,sbb tu baju yang dipakai tu agak kurang sesuai,tp ok lah tu...hehe.oklah...,ada nak comment apa2 x pasal gmbar nie?hehe.Lagi satu.....,sape ek yang minat Liverpool kat dalam gambar nie ek???hehe.Mungkin ada yang x faham apa point sebenar nak post citer ttg gmbar nie kot....,tp xper lah.Boleh bagi idea x nak tulis citer ttg ape jugak dalam blog nie?


AbG : Kalau Manchester United tahu ttg gmbar nie,kene buang keje lah aku...hehe.mcm ner kejawak?wat's ur comment?hehe

Malaysia...A place like no other...

Aslkm semua......,sekarang nie dah pukul 9.45 pagi.Aku baru je balik minum pagi kejap tadi.Sebenarnya hari nie nak berkongsi sedikit life yang agak menyeronokkan sebenarnya,hehe.I'm proud to be Malaysian....

Sejak aku study kat Kuantan nie,banyak jugak pengalaman yang aku dapat,lebih-lebih lagi member-member aku ,semuanya datang dari seluruh pelusuk semenanjung malaysia dan juga sabah ,sarawak.Mungkin yang ada rasa pelik kenapa cerita benda-benda yang dah biasa.Tapi,realitinya,kita sering terlupa bahawa betapa uniknya kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi sebagai seorang mahasiswa/i.Kawe sekarang dah boleh kecek kelate,bukan ke unik tu?member2 chek ada jugak org utagha (utara ),ada dari Selangor,Perak,Kulim dan banyak lagi lah....

Cuma apa yang penting,gunakanlah kesempatan kita yang study di Universiti / sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat budaya , "positive attitude" dan juga adat rakan-rakan kita yang dtg dari negeri masing-masing.

AbG : Bangga dengan member2 2DCS yang sangat sporting.....,diorg tu nak sgt blaja bahasa sarawak tp masa x mencukupi....hehe.Xper2...,kalau ada yang nak kamus Bahasa Sarawak boleh mintak ikut skype ek...hehe. "abangfairul ".Gud Luck in Final....!Assalammualaikum.....

Datin Seri Nurhaliza Speaking....





AbG : Apa pandangan korang tentang video nie ? Sekarang nampak kan kepentingan Bahasa Inggeris kalo nak jadi artis kan....?? hehehe...........

Thursday, November 8, 2007

Love Letter


Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah


Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN


AbG: Nasib baik aku ambik MUET....,hehe.agak2 "band" berape surat nie ek?hehe

Warga UMP pun dilarang sertai perhimpunan nie tau...

Sumber/artikel nie dpt dari Utusan.online(latest).....saje nak post nak bagi info ckit...


Jangan sertai perhimpunan haram Sabtu ini, kata Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 8 Nov — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka di sini Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Musa berkata, walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Ini kerana mereka (penganjur) didapati membuat hebahan yang begitu meluas mengenainya, sama ada melalui majlis-majlis ceramah, forum, penyebaran SMS, penggunaan laman-laman web, pengedaran “handbill” dan sebagainya sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama kata beliau, mereka juga mengeluarkan panduan-panduan kepada orang ramai tentang cara-cara untuk menghadapi pihak polis melalui laman-laman web.

Kumpulan yang menamakan diri mereka “Bersih” merancang mengadakan perhimpunan disertai 100,000 orang pada pukul 3 petang Sabtu ini sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara.

Musa juga berkata, tindakan penganjur berkeras untuk meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan dan perarakan yang besar boleh menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk, bukan sahaja di kawasan Dataran Merdeka malah seluruh ibu kota.

“Perhimpunan serta perarakan yang disertai oleh orang ramai secara besar-besaran juga tidak mustahil akan berlaku kekecohan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis khuatir ada pihak-pihak dan anasir-anasir yang tidak diingini dan tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk mencetuskan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak terkawal sehingga akhirnya bertukar menjadi demonstrasi jalanan dan rusuhan ganas,” katanya.

Katanya, keadaan tersebut akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan boleh menjejaskan aktiviti perniagaan serta membawa kepada kerosakan harta benda awam.

“Kerjasama orang ramai dalam mematuhi peringatan ini amat-amatlah dihargai bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata perhimpunan tersebut diharamkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman pada 6 Nov lepas.

Katanya, permohonan untuk mengadakan perhimpunan dibuat pada 3 Nov lalu, tetapi ditolak baru-baru ini.

“Persatuan itu boleh membuat rayuan, namun sehingga semalam tidak ada rayuan dibuat. Ia adalah perhimpunan haram,” katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Orang ramai yang didapati berada di situ dengan tujuan untuk menyertai perhimpunan tersebut adalah salah, dan tindakan undang-undang ke atas mereka akan diambil,” katanya.

Beliau berkata, sekatan jalan akan diadakan di beberapa tempat manakala orang ramai dan kenderaan dari luar ibukota akan diperiksa.

Zul Hasnan berkata, kira-kira 4,000 anggota akan dikerah di sekitar kawasan tersebut untuk “menyuraikan dan menahan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seperti rusuhan dan pergaduhan”. -Bernama

Fikir-fikirkan lah yer....:)

Akhirnya.....,fuh..! Amat,aboi,solah....hehe.




Alhamdulillah....akhirnya dapat jugak aku

bersaing dengan kwn-kwn aku yg dah der blog

diorg sendiri.Tp,x salah kan kalau aku mencuba

buat bende2 mcm nie.....Sekurang-kurangnya

ada gak saingan dan apabila ada saingan

nie...,mudah sikit nak fight...hehe.Sebenarnya

kmk tuk org srwak,tp kinek tuk dah blaja


di Kuantan dekat2 nak 2 tahun dah koh....Blog tuk pun kmk polah pakei

tangga dak kwn2 mek

yg byk kat ctuk, jd tutur semenanjung and srwak campur2 lah.hehe...

Ok,back to topic.....ermmm....itu jer kot...hehe


Aslkm......